FAKTA MENGENAI PEMBEDAHAN PEMINDAHAN HATI DI MALAYSIA / FACTS ABOUT LIVER TRANSPLANT SURGERY IN MALAYSIA

Semenjak penubuhan Persatuan Biliary Atresia Malaysia pada akhir tahun 2014, pihak Jawatankuasa telah berusaha mengadakan perbincangan bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Bermula dari email kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, pelbagai mesyuarat dan perbincangan telah diadakan dimana dalam perbincangan terakhir bersama Datuk Dr Jeyaindran, Timbalan Pengarah Kesihatan(Perubatan) pada April yang lalu, beliau telah menyatakan komitmen untuk memberi dapatan/cadangan/penyelesaian terhadap pelbagai isu berkaitan proses transplan di hospital kerajaan di Malaysia.

Namun hingga kini nampaknya komunikasi yang baik sebelum ini telah pudar. Mungkin isu transplant dan kehidupan anak-anak pesakit Biliary Atresia ini kurang penting berbanding isu popular seperti vape dan denggi.

Saban hari ramai pesakit yang telah meninggal dunia tanpa sempat menjalani pemindahan hati. Masyarakat patut membuka mata berfikir secara rational berkenaan mengapa dan kenapa ibu bapa pesakit sanggup menebalkan muka memohon sumbangan masyarakat,menjual harta benda dan sebagainya untuk mengumpul dana bagi melakukan pembedahan transplan di luar negara andainya kemudahan itu telah sedia ada di Malaysia.
Buat apa menanggung kos seumur hidup berulang alik untuk rawatan susulan jika dalam negara sudah ada kemudahan itu?

“Negara ada kepakaran” 
Itulah sahaja dendangan KKM di telinga rakyat setiap kali isu transplant diketengahkan. Kalau punya kepakaran kenapa masih kedengaran isu dimana doktor sendiri tidak menggalakkan ibu bapa menjadi penderma hidup?

Ada KEPAKARAN tapi tiada KEYAKINAN??

Kenyataan media oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah “pembedahan pemindahan hati untuk kanak-kanak dari penderma hidup boleh dilakukan di hospital kerajaan dengan kos yang amat minima”. Sila rujuk link http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesakit-kanak-kanak-tidak-perlu-ke-luar-negara-untuk-jalani-pemindahan-hati-43822

Tahukah KKM bahawa kenyataan mereka yang menyatakan KKM ada kepakaran dan boleh melakukan transplant dgn cepat telah menyebabkan ramai kanak2 terkorban kerana keengganan masyarakat menyumbang ke dalam dana untuk transplant luar negara anak mereka?


Since the establishment of the Malaysia Biliary Atresia Association in year 2014, the Committee has been working continuously with the Malaysian Ministry of Health (MOH). Starting from an email to Director-General of Ministry of Health Malaysia, various meetings and discussions were held where in the last discussion with Datuk Dr Jeyaindran, Deputy Director of Health (Medicine) in April 2015, he has expressed his commitment to provide insights / the transplant process at government hospitals in Malaysia.

But presently, it seems that good communication has previously faded. MOH think these issues of liver transplant and Biliary Atresia child life-risk are less important than popular issues such as vape and dengue.

There are many patients who have died without a chance to undergo a liver transplant. The community should open the eyes to think rationally why the parents of BA patient are willing to appeal boldly for community donations, selling property and so on to raise funds for overseas transplant surgery if the facility is already available in Malaysia.
For what does it cost a lifetime of return for follow-up care if in the country there is such a facility?

“Negara ada kepakaran” 
That is just the MOH statement to Malaysians whenever the transplant issue is highlighted. If you have the expertise why are you still listening to issues where doctors themselves do not encourage parents to become living donors?

Ada KEPAKARAN tapi tiada KEYAKINAN??

Media statement by Director-General of Health Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesakit-kanak-kanak-tidak-perlu-ke-luar-negara-untuk-jalani-pemindahan-hati-43822

Did the MOH know that the media statement by the Director General has caused many Biliary Atresia children to die because of the reluctance the community contributes to the funds for transplantation abroad?


Perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 6 Februari 2015

Perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 April 2015

Perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 21 November 2014